13/05/12

"Aku Sangat Cantik"




Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah, Jujur dari hati kalian, apakah       sebenarnya nilai dan arti sehelai Jilbab yang  berada di kepala anda? Adakah sekedar mengikuti trend atau anda benar-benar ikhlas untuk  melaksanakan hukum Allah?

Banyak yang berjilbab namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syariat. Yang lebih mengherankan lagi, ada pula program-program ala ratu cantik untuk wanita berjilbab. Objektifnya mungkin bagus karena hendak membuktikan bahwa wanita berjilbab (muslimah) juga sebanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?

 Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bedanya dengan program ratu cantik yang lain. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fashion dan lifestyle peserta-peserta. Fashion yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenarnya. Pemakaian jilbab yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi.

Islam turut mengajar kita untuk sederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan seperti ini hanya akan mengundang ria di hati para peserta?. Ria karena mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik,popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan itu. Walhal mereka tidak sadar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang mencari keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?

Berjilbab itu berarti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T yaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah karena Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya dipajang tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terlihat auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca.

Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mau wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualitas kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan.

Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeda pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan mayoritas lelaki di luar sana.

Tidak percaya pada statement ini? coba fikir kenapa ada perempuan yang sangat cantik sanggup menikah dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak menikah dengan perempuan lain karena perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..

Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mau memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan karena jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya.

Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata berbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah?

Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?
Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai jilbab dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trendatau sekadar syarat semata-mata.

Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu.
Wallahualam J

Tidak ada komentar:

Posting Komentar